05 August 2015

Majlis Hari Raya Idul Fitri (1436H) Warga Penghuni Kompleks 2015

Sambutan Majlis Hari Raya Idul Fitri (1436H) peringkat warga Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Chepa akan di adakan seperti berikut:

      Tarikh   :  10/8/2015 (Isnin malam Selasa)
      Masa     :   Selepas Isyak
      Tempat  :  Depan Surau Kompleks

Semoga warga penghuni Kompleks Perumahan Guru dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis kita.

Difahamkan Pengarah dan pegawai JPN akan hadir bersama-sama pada majlis ini.

Kini Kompleks Perumahan Guru Berwajah Baru



Alhamdulillah dengan kecaknaan pihak jabatan dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia, kini Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Chepa mulai berseri dengan berwajah baru.

Pada bulan Julai 2015 kerja-kerja mengecat bangunan telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor untuk melaksanakan tugas mengecat menggantikan cat yang telah lusuh pada dinding luar bangunan KIP yang kini berumur 15 tahun.





Kerja-kerja mengecat ini telah bermula pada selepas Hari Raya Puasa iaitu awal bulan Ogos 2015.

Pihak kami warga Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Chepa amat-amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan kecaknaan ini demi keselesaan semua penghuni.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih



Pesanan Jawatankuasa Penghuni Kompleks Perumahan Guru, sekali lagi mohon jasa baik semua penghuni sekiranya ada sebarang kerosakan hendaklah lapor segera kepada AJK melalui Ketua Blok masing-masing atau terus telepon kepada Bendahari di talian 019-9675214.



09 February 2015

Jasa Mu Amat Dihargai....

Alhamdulillah, kami warga Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Chepa amat berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Kelantan kerana telah menyempurnakan hasrat kami di KIP Pengkalan Chepa. Setelah sekian lama Ahli Jawatankuasa Kompleks Perumahan Guru berusaha dengan gigihnya berbincang dengan pihak pengurusan JPN Kelantan supaya mengadakan Tukang Kebun yang khas untuk KIP, maka hari ini bermula 01 Januari 2015 terbukti dengan kehadiran Pengurus perkhidmatan dengan dua orang pekerja serta peralatannya untuk mula bertugas membersih kawasan KIP.

Kami diperingkat pemudah bicara di KIP selaku AJK amat berharap agar semua penghuni dapat sama-sama menjaga kebersihan dan sama-sama membantu menjaga kebersihan di KIP dengan erti kata lain tidak membuang sampah merata-rata.

Jika anda mempunyai maklumat atau permasalahan untuk dikongsi bersama bolehlah disalurkan melalui email kami : djusoh@gmail.com atau komen-komen anda yang tertera pada laman ini. Kerjasama anda amat-amat diperlukan.



15 January 2014

RumahKu SyurgaKu



KOMPLEKS PERUMAHAN GURU PENGKALAN CHEPA 2014



Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Chepa merupakan Pelaksanaan Projek Rumah Guru Secara Rundingan Terus "Design and Build" oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan. Projek ini dibina pada awal tahun 2000 sebanyak enam Blok Apartment Empat Hingga Lima Tingkat (Blok A, B, C, D, E dan F) yang mengandungi 100 unit Kediaman Guru, Fasa 2 di tanah seluas empat hektar milik kerajaan kepunyaan Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan. Pengurus Projek ialah IKRAM RUNDING SDN. BHD manakala Kontraktor Turnkey ialah NISA CONSOLIDATED SDN. BHD. Projek ini siap dibina pada akhir tahun 2000. 


Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Chepa terletak berhampiran dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu atau dahulunya di kenali Maktab Perguruan Kota Bharu, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Tengku Mohd Faris Petra dan berdekatan dengan Sekolah Menengah Teknik Vokasional Pengkalan Chepa. Jarak perjalanan dari bandar Kota Bharu ke sini adalah 9 kilometer sahaja dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Aset Kerajaan Seperti Dalam Inventori

Setiap unit rumah mempunyai tiga bilik, satu bilik utama lengkap dengan bilik air, dua bilik tidur, ruang tamu, ruang dapur dan ruang tempat mesin basuh atau jemuran. Setiap bilik tidur di sediakan katil dan almari. Bagi bilik tidur utama telah disediakan satu katil "double" tanpa tilam, satu almari tiga pintu dan meja solek bercermin, bagi bilik tidur dua dan tiga disediakan satu katil "single" tanpa tilam dan almari dua pintu. Bagi ruang dapur pula disediakan kabinet atas dan bawah. Di ruang tamu pula disediakan dengan satu set kerusi tetamu berkusyen dan satu set meja makan. Stor juga disediakan bersebelahan bilik air kedua.

Sekiranya anda telah ditawarkan untuk menduduki kompleks ini, anda tidak perlu membawa banyak peralatan perabot kerana ruangnya begitu terhad. Aset kerajaan yang telah sedia ada di rumah kerajaan tidak boleh diubah mengikut sesuka hati kita. Cuma peralatan yang perlu bawa ialah katil bersama tilamnya, peti sejuk, mesin basuh, dapur dan tong gas, pinggan mangkok dan kerusi set jika anda tidak perlukan kurusi set yang disediakan kerana kesyen agak lama dan tidak sesuai lagi digunapakai.

Kemudahan Asas

Beberapa kemudahan lain seperti surau lengkap dengan kapet dan bilik serbaguna juga disediakan untuk kemudahan penghuni untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagainya. Di ruang tengah pula disediakan taman permainan kanak-kanak. Tempat pembuangan sampah juga disediakan sebanyak dua unit rumah sampah terletak berhampiran blok F dan blok C. 

Bagi menjaga keselamatan dan keselesaan warga penghuni, pasukan kawalan keselamatan juga telah disediakan hasil perbincangan jawatankuasa penghuni KPG dangan JPN untuk mewujudkan kawalan keselamatan kerana kebelakangan ini sering berlaku kecurian dan juga beberapa perkara yang mencurigakan. Hasil permohonan dengan Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset bertarikh 12 Februari 2012 maka  kita telah mendapat peruntukan pengawal keselamatan di Kompleks Perumahan Guru bermula perkhidmatan pada bulan November 2013. Permohonan untuk mendapat peruntukan bagi pembersihan kawasan, jawatankuasa masih lagi terus berusaha sekiranya ada peruntukan.

Bagi memastikan anda adalah warga Kompleks Perumahan Guru, setiap kenderaan akan diwajibkan mempamerkan stiker yang telah disediakan oleh jawatankuasa dan bagi pelawat pula dikehendaki melaporkan diri di balai pengawal terlebih dahulu.


Jika Berhasrat Untuk Menduduki Kompleks Perumahan Guru

Pada tahun awal tahun 2001 Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi mandat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk menguruskan kemasukan penghuni mengikut keperluan. Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa rumah guru bagi menguruskan dan pengisian penghuni mengikut terma syarat yang dilaksanakan.

Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah dipertanggungjawabkan untuk membuat tawaran pengisian Kompleks Perumahan Guru kepada semua warga pendidik sekolah di sekitar Kota Bharu termasuk warga Maktab Perguruan Kota Bharu, Sekolah Menengah Sains Tengku Mohd Faris Petra dan Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa.  Tawaran pertama bagi pengisian ini telah dibuat pada bulan Ogos 2001 dan berjaya  ditawarkan kemasukan bagi sesi pertama ialah sebanyak 62 unit rumah diisi pada bulan Oktober 2001. Pada peringkat awal kemasukan ini, pihak pengurusan di peringkat JPN membuat taklimat mengenai tatacara menduduki rumah kerajaan sebagaimana Perintah Am Bab "E" [P.A Bab E] terutama perkara di Bab E-11 iaitu menjaga kebersihan rumah kerajaan dan Bab E-18 iaitu membayar caj bil-bil yang berkenaan.

Sekiranya berminat untuk menduduki Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Chepa, tuan/puan bolehlah mendapatkan borang permohonan di Unit Pentadbiran Am, Paras bawah, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, 15000 Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan. Bagi memudahkan anda ikutlah panduan ini:

       a.  dapatkan dulu borang permohonan dari JPN
       b.  isi dengan lengkap dan dapatkan pengesahan majikan / sekolah
       c.  hantar melalui majikan / sekolah (cover letter) ke JPN
       d.  tunggu jawapan dari JPN sambil membuat tinjauan dulu ke Kompleks Perumahan Guru
            tengok keadaan dan bertanya rakan-rakan / AJK kompleks mana-mana rumah yang

            agak elok sikit.
       e.  bila lulus permohonan, pastikan satu salinan surat kelulusan menduduki rumah kerajaan
            diserahkan kepada unit gaji untuk membuat pemotongan ITP anda.

        f.  satu salinan lagi serahkan kepada Pengerusi / Bendahari Jawatankuasa Penghuni
            Kompleks Perumahan Guru sebagai tanda anda telah melaporkan diri.
       g.  dapatkan borang maklumat penghuni dengan AJK kompleks dan lengkapkan dan
            serahkan kepada Pengerusi / Bendahari
       h.  tentukan rumah hak anda dan sila bayar diposit letrik (TNB) dan diposit air (AKSB)
        i.  sila bersalaman dengan jiran sebelah rumah kita bagi mengeratkan hubungan baik

     ***  yang PENTING sekali sila rujuk Panduan Menduduki Kompleks Perumahan Guru
           dan ARAHAN Ajk dari masa ke semasa


Jawatankuasa Penghuni Kompleks Perumahan Guru

Sirih Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Chepa lantikan 2012/2013 kerana banyak memberi sumbangan idea dan kenangan demi kebaikan semua warga penghuni kompleks. Walaupun anda tidak lagi menjadi ahli jawatankuasa tapi jasamu amat dikenang.

Pada 15 Januari 2014, Mesyuarat Agung Tahunan Warga Penghuni Kompleks Perumahan Guru telah bersidang bagi memilih Jawatankuasa baru untuk meneruskan perjuangan tanpa upahan demi kesejahteraan dan keharmonian semua penghuni yang berlangsung di Bilik Bestari 2, Bahagian Teknologi Maklumat (BTP) dulu di kenali Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa.

Kita sedia maklum, memang ramai yang tidak minat untuk menyertai AJK, sebab itulah ramai yang tidak hadir untuk memberi sumbangan dalam majlis ini. Namun begitu usaha murni tetap jua dilaksanakan dengan pemilihan AJK baru bagi sesi 2014 hingga 2015.

Untuk seketika ini, Sirih Pinang belum lagi menerima senarai nama AJK sesi 2014/2015 yang baru dilantik baru-baru ini, sekiranya ada terus kita paparkan. Walau macamana pun kita ucapkan tahniah dan selamat manjalankan tugas yang diamanahkan walaupun perjuangan anda tidak diberi sebarang upah.

Sirih Pinang amat mengharapkan semoga semua penghuni dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada AJK kompleks dengan kesabaran. Hargailah jasa mereka untuk kebaikan kita di Kompleks Perumahan Guru. Kerjasama Penghuni amat diperlukan. Patuhilah peraturan untuk kebaikan kita bersama



Peraturan Bila Anda Sebagai Warga Kompleks Perumahan Guru


BAHAGIAN I : TANGGUNGJAWAB ANDA YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN 

Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Unit Pembangunan dan Fizikal, Jabatan Pendidikan Negeri kelantan. Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabut-perabut di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan sepatutnya.

Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang diperuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu tidak boleh digunakan selain daripada tempat kediaman pegawai itu sendiri.

Pegawai-pegawai adalah juga dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam,itik dan kuching, di mana-mana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya.

Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah kerajaan menjaga sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalan kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol dan lain-lain lagi.

Seseorang pegawai yang telah diberi pinjaman perumahan dan masih tinggal di rumah kerajaan bila rumah yang dibinanya telah siap didirikan boleh dikenakan sewa sebanyak 2 kali ganda sewa yang patut dibayarnya. Peraturan ini tidak akan dikuatkuasakan bagi pegawai-pegawai yang mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka berhak mendapat perumahan yang percuma atau dikehendaki diam dirumah-rumah khas jabatan atau rumah-rumah yang telah dibina oleh mereka dengan Pinjaman Perumahan itu terletak di luar kawasan ibu pejabat tempat mereka bertugas.


PERATURAN II : TANGGUNGJAWAB ANDA YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN 

PARA 33 : (i) Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut di hari terakhir ia bekerja sebelum bersara melainkan jika ia telah diberi kebenaran seperti dalam kes-kes di (ii) dan (iii).

PARA 33 : (ii) Seseorang pegawai bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan oleh pegawai perumahan untuk menduduki terus rumah yang bukan rumah khas jabatan atau jawatan semasa ia bercuti itu dan selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya. Bagi tujuan perintah am ini, seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari akhir ia bekerja.


PARA 33 : (iii) Seseorang pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan atau jawatan akan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah itu ataupun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan ketua jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih daripada 30 hari lagi.



PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN 

(a) Kenderaan 
  • Dilarang meletakkan sebarang kenderaan di ruang pintu masuk bangunan; dan
  • Dilarang membina tempat letak kereta berbumbung atau bangsal seperti untuk meletakkan motosikal atau basikal. Semua kenderaan hendaklah diletakkan dipetak-petak/tempat-tempat yang ditetapkan supaya kelihatan kemas dan tidak menghalang laluan orang ramai
  • Sila pamerkan stiker di kenderaan (bagi tujuan keselamatan)
(b) Membasuh Lantai dan Menjemur Pakaian 
  • Mengering pakaian hendaklah hanya di tempat-tempat yang dikhaskan/disediakan. Dilarang sama sekali menjemur kain seperti ‘railings’ melalui tingkap dengan menggunakan kayu dan juga di balkoni rumah. Menjemur kain di luar rumah adalah dilarang sama sekali; dan
  • Tidak dibenarkan membasuh lantai rumah dengan cara menyiram air yang banyak (bagi penghuni yang baru masuk kuarters).kerana boleh merosakkan peralatan letrik seperti lampu dan kipas bagi penghuni di bawah rumah anda. Sekiranya rosak penghuni berkenaan hendaklah membayar kos pembaikan.
(c) Kebersihan 
  • Menjaga kebersihan di paras yang tuan/puan diami dan sekitarnya termasuk tangga adalah menjadi tanggungjawab anda dan jiran-jiran yang lain.
  • Tidak dibenarkan membuang sampah di dalam bilik meter air, dalam bilik Letrik / Telekom dan di koridor atau dalam tandas mengelak dari tersumbat,
  • Sampah-sampah hendaklah dibuang ke dalam tong-tong yang disediakan, bukan disekitar ‘rumah sampah’. Sampah-sampah hendaklah dimasukkan kedalam bekas plastik untuk dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan.
  • Dilarang sekeras-kerasnya membuang sampah atau sebarang objek yang keras dari tingkat atas ke bawah; dan
  • Tidak dibenarkan meletak barang-barang buangan seperti surat khabar lama, kotak-kotak karton atau kertas-kertas yang lain di atas atau di bawah tangga yang boleh memburukkan keadaan dan menghalang lalu lalang.
(d) Bunga berpasu :
  • Tidak dibenarkan menanam bunga berpasu kecuali ada pelapik dan dijaga dengan baik demi kebersihan di sekitar kawasan bangunan 
(e) Merosakkan Dinding Rumah 
  • Tidak dibenarkan merosakkan atau mencacatkan dinding rumah rumah akibat dari paku memaku semasa pemasangan frame gambar atau membuat tampalan objek yang melekat dan sukar ditanggalkan 
(h) Memelihara Binatang 
  • Pemeliharaan anjing adalah dilarang sama sekali; dan
  • Memelihara binatang-binatang seperti kucing, burung dan lain-lain hendaklah seberapa boleh dielakan.
Bagi yang ingin memelihara binatang seperti kucing misalnya, hendaklah dipastikan supaya binatang sentiasa bersih dan tidak membuang najis di merata-rata tempat sama ada di dalam atau di luar bangunan dan menjadi tanggungjawab anda sebagai penjaga alam